BERITA & AKTIVITI

Lawatan Penanda Aras Di Universiti Takhsin & Khidmat Masyarakat Di Pondok Pauh Kumbang

Aktiviti: Bersama Konsulat Malaysia dan Universiti Thaksin di Songkhla, Thailand

Tarikh : 21 Ogos 2023.

Tempat : Consulate General of Malaysia dan Universiti Thaksin Kampus Songkhla, Songkhla, Thailand

Info:

Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK), Universiti Malaysia Terengganu dan Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (MPKKTTF), Universiti Malaysia Perlis telah mengadakan lawatan ke Consulate General of Malaysia bertempat di Songkhla, Thailand. Turut mengiringi dalam lawatan ini adalah Pengetua Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, UniMAP, En. Mohamad Irhamuddin bin Mansor dan Pengarah Kolej Kediaman UMT, Ts. Dr. Nik Aziz bin Nik Ali.

Sesi lawatan di konsulat disambut dan diraikan oleh En. Sohaimi bin Ahmad selaku konsul (pentadbiran/kewangan) bagi konsulat Malaysia di Songkhla. Sesi dimulakan pengenalan dan penerangan ringkas fungsi konsulat oleh En. Sohaimi bin Ahmad dan sesi perkongsian ilmu oleh wakil-wakil UMT dan UniMAP. Pelbagai maklumat dan info-info bermanfaat telah dikongsikan dan diteruskan dengan sesi soal jawab di hujung lawatan.

Pada sebelah petang, lawatan ke Universiti Thaksin Kampus Songkhla, Thailand disambut oleh Assistance Professor Kamaruddin, pensyarah Bahasa Melayu Universiti Thaksin. Rombongan diberikan penerangan berkenaan universiti dan dibawa melawat sekitar kawasan Universiti Thaksin.

Semoga pengalaman baru yang ditimba memberikan manfaat dan pengetahuan kepada perwakilan Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Malaysia Perlis.

#HEPAbingkas

#HEPAPrihatin

#WargaHEPACemerlang

#UMTSohor

#ILoveUMT

#UMTPrihatin

#WargaUMTCemerlang

#KitaJagaKita

#TerimaKasihUMT

#KPTPrihatin

#SejahteraIPT

#KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email