BERITA & AKTIVITI

Lawatan Penanda Aras Di Universiti Tahksin @ Khidmat Masyarakat Di Pondok Pauh Kumbang

Lawatan Penanda Aras Di Universiti Tahksin @ Khidmat Masyarakat Di Pondok Pauh Kumbang

Aktiviti: Khidmat Masyarakat @Yala.

Tarikh : 19 dan 20 Ogos 2023.

Tempat : Pondok Pauh Kumbang, Yala, Thailand.

Info:

Program ini merupakan kerjasama antara Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (MPKKTTF), Universiti Malaysia Perlis dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK), Universiti Malaysia Terengganu. Turut mengiringi dalam lawatan ini adalah Pengetua Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, UniMaP, Encik Mohamad Irhamuddin bin Mansor dan Pengarah Kolej Kediaman UMT, Ts. Dr. Nik Aziz bin Nik Ali.

Aktiviti khidmat masyarakat @ Yala dijalankan di Pondok Pauh Kumbang, Yala, Thailand.

Aktiviti dimulakan taklimat oleh Mudir Pondok Pauh Kumbang. Pada sesi malam, aktiviti diteruskan dengan oleh persembahan para pelajar pondok seperti bacaan Al-Quran, nasyid serta choral speaking. Aktiviti bersambung dengan sesi ‘ice breaking’ bersama para peserta Pondok Pauh Kumbang. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama para pelajar.

Pada hari kedua, aktiviti dimulakan dengan senam pagi. Selepas sarapan, aktiviti explorace diteruskan oleh para peserta dan aktiviti mengecat oleh para urusetia.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Mudir Pondok Pauh Kumbang, Ustaz Mohd Zaki bin Soleh. Majlis dimeriahkan dengan penyampaian hadiah bagi aktiviti explorace dan anugerah kepada pelajar dan peserta yang cemerlang antaranya ikon prihatin, ikon aktif, ikon kepimpinan terbaik, ikon popular dan ikon berketerampilan baik.

Diharapkan program kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan para peserta mendapat manfaat daripada program yang bermakna ini.

Tham Islam Suksa School

#HEPAbingkas

#HEPAPrihatin

#WargaHEPACemerlang

#UMTSohor

#ILoveUMT

#UMTPrihatin

#WargaUMTCemerlang

#KitaJagaKita

#TerimaKasihUMT

#KPTPrihatin

#SejahteraIPT

#KKcaknasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email