BERITA & AKTIVITI

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelenggaraan Kolej Kediaman Kali ke-14 Bil. 5 Tahun 2020

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Kolej Kediaman, Ts. Dr. Nik Aziz Nik Ali dan dihadiri oleh Pegawai dan Penyelia Kolej Kediaman, wakil Perkhidmatan Pembersihan Bangunan, wakil Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap, Ketua Felo, wakil JPKK, wakil JPLK dan wakil MPP.

Hasil perbincangan merangkumi aspek kesediaan bilik bagi kemasukan pelajar baru, penyelenggaraan fasiliti, laporan kerosakan, cadangan penambahbaikkan, pembersihan bilik kediaman dan landskap sekitar kolej kediaman.

Semoga dengan usaha ini mampu memberikan persekitaran yang baik dan kondusif bagi memastikan keselesaan pelajar di asrama.

Terima kasih.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email